Wednesday, 19 March 2014

HOTEL ROYALE CHULAN, KUALA LUMPUR...18 Mac 2014



Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam dari PERHEBAT Sungai Buloh menuju ke Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Alhamdulillah.. pergerakan amat lancar dan mudah. Tiba di perkarangan hotel lebih kurang pukul 10.30 pagi. Masih ada sejam setengah sebelum masa yang diperuntukkan lebih kurang pada pukul 11.30 pagi. Perjumpaan dengan Pengurus Sumber Manusia, En. Rahmat Hashim adalah satu perkara yang amat dinantikan oleh peserta dari PERHEBAT ini. Banyak perkara yang yang telah dipelajari dalam kelas yang kini boleh dikemaskini bersama keadaan sebenar di sesebuah hotel terutama yang bertaraf lima bintang. 
 
Permandangan dari dari luar hotel yang bersebelahan dengan Kompleks Kraf Kuala Lumpur, penuh dengan ciri-ciri kemelayuan dan seni yang didatangkan khas oleh pereka terkenal dari negeri Terengganu Darul Iman… Wan Sum Wan Po (Mustafa).




Perjalanan dari bilik ke bilik penuh dengan maklumat dan penerangan oleh tiga orang pegawai dari jabatan Housekeeping termasuklah Executive Housekeeper, Pn. Hanem Ibrahim.. Maklumat dan layanan kelas satu tanpa mengira taraf adalah satu penanda aras bagi sebuah hotel bertaraf lima bintang. Dimulakan dengan lawatan ke bahagian “LAUNDRY”. Bahagian yang menempatkan pelbagai jenis “linen” dan “Uniform” bagi pekerja hotel tersebut. Kami kemudian didedahkan dengan bilik berstatus “VC” (Vacant Clean) dan sebuah bilik “VD” (Vacant Dirty) serta dibawa terus untuk melihat bilik termahal di hotel tersebut “ROYALE SUITE”. Sebuah bilik yang hanya akan dibuka khas untuk orang-orang kenamaan termasuk dari dalam dan luar negara. Itulah pengalaman yang hebat dan tidak disangka-sangka… 






 
Lawatan mengambil masa lebih kurang 2 jam meliputi taklimat oleh bahagian sumber manusia, jabatan Housekeeping dan serba sedikit mengenai Food and Beverage.. Kami berpeluang melihat kehebatan ballroom yang boleh menempatkan lebih 1000 orang pada satu-satu masa. Antara “F&B OUTLET” yang kami lawati termasuk juga bar dan lounge.  Kami juga berpeluang melihat betapa sibuknya keadaan ketika sesebuah acara berlangsung. Akhirnya kami dibawa ke coffee house yang serba indah untuk jamuan makan tengah hari.






Banyak juga perkara yang dibincangkan antara peserta dengan wakil dari sumber manusia serta ditemani oleh En. Rahmat sendiri.. Sesuatu yang amat mengharukan kami apabila disambut sendiri oleh beliau dan kami diberikan layanan taraf lima bintang sama seperti tetamu lain. Dan yang terbaik adalah… makan tengah hari kami di “TAJA” oleh Hotel Royale Chulan.   



TERIMA KASIH ROYALE CHULAN...

 





Thursday, 13 March 2014

TAMAN TASIK KOSMOPOLITAN KEPONG

Baru sampai.. Nasi lemak pun belum hadam lagi ni...
Jalan-jalan anak la dulu.. Dah lama dah tak lari ni, larat lagi ker...
Panaskan badan anda semua... sebentar lagi operasi akan dimulakan...
Jom cari kapalterbang...
Cuaca berjerubu... Kamera aku ni x boleh kene ambik gambar dalam cuaca macam ni...
Akhirnya... Sampai jugak tempat yang boleh relax sikit.. Letih ni...

Thursday, 6 March 2014

AKTIVITI 5S 7 MAC 2014 ZON E2 LEVEL 2

HASIL KERJA TANGAN ENCIK ROSLAN.......

5S untuk yang kali ke ???

SALAM NENAS... OUM-PERHEBAT SIRI 2 2013
Gambar memang ramai... yang lain hehehehehehe....
Asyik yang baju kuning jer...
Mana pulak datang pegawai 5S tu.. tiba-tiba jer boleh ade masa majlis penutup
Ni la namenye SALAM NENAS...

Sunday, 26 January 2014

ASSALAMMUALAIKUM WBTH SEMUA...

Salam kembali kepada semua sahabat dan bekas pelatih Program Pembangunan Usahawan Hotel & Katering PERHEBAT...

Setelah sekian lama kita terhenti dalam perhubungan ini, kali ini saya akan meneruskan semula pembangunan laman ini atas permintaan dan demi untuk meneruskan perjuangan kita yang belum selesai..

Salam Kembali 

Program Pembangunan Usahawan Hotel & Katering... Kini dikenali sebagai Program Pembangunan Usahawan dibawah usahasama PERHEBAT-OUM yang memberikan sebuah pengiktirafan kepada pelatih-pelatih yang berjaya menamatkan pengajian di sini.

Setelah beberapa tahun program ini berjalan, ramai pelatih yang telah berjaya mendapatkan satu pengiktirafan yang lebih tinggi dan lebih dikenali oleh pasaran serta lebih berdaya saing... SYABAS dan TAHNIAH kepada semua pelatih yang telah menamatkan pengajian mereka di sini...

Salam dari pengarang...

Thursday, 12 April 2012

Selamat Datang Ke ULEK BEACH RESORT... Terima Kasih Atas Sambutan Yang Diberikan...

Penerangan oleh En. Nizam - Pengurus Besar Ulek Beach Resort, Dungun,  Terengganu.

Penerangan Daripada Pegawai Perhubungan Ulek Beach Resort

Ruang Masuk Pintu Hadapan Chalet

Laluan Pejalan Kaki