
Perjalanan mengambil masa lebih
kurang setengah jam dari PERHEBAT Sungai Buloh menuju ke Hotel Royale Chulan Kuala
Lumpur. Alhamdulillah.. pergerakan amat lancar dan mudah. Tiba di perkarangan
hotel lebih kurang pukul 10.30 pagi. Masih ada sejam setengah sebelum masa yang
diperuntukkan lebih kurang pada pukul 11.30 pagi. Perjumpaan dengan Pengurus
Sumber Manusia, En. Rahmat Hashim adalah satu perkara yang amat dinantikan oleh
peserta dari PERHEBAT ini. Banyak perkara yang yang telah dipelajari dalam
kelas yang kini boleh dikemaskini bersama keadaan sebenar di sesebuah hotel
terutama yang bertaraf lima bintang.
Permandangan dari dari luar hotel
yang bersebelahan dengan Kompleks Kraf Kuala Lumpur, penuh dengan ciri-ciri
kemelayuan dan seni yang didatangkan khas oleh pereka terkenal dari negeri Terengganu
Darul Iman… Wan Sum Wan Po (Mustafa).

Perjalanan dari bilik ke bilik
penuh dengan maklumat dan penerangan oleh tiga orang pegawai dari jabatan
Housekeeping termasuklah Executive Housekeeper, Pn. Hanem Ibrahim.. Maklumat
dan layanan kelas satu tanpa mengira taraf adalah satu penanda aras bagi sebuah
hotel bertaraf lima bintang. Dimulakan dengan lawatan ke bahagian “LAUNDRY”.
Bahagian yang menempatkan pelbagai jenis “linen” dan “Uniform” bagi pekerja
hotel tersebut. Kami kemudian didedahkan dengan bilik berstatus “VC” (Vacant
Clean) dan sebuah bilik “VD” (Vacant Dirty) serta dibawa terus untuk melihat
bilik termahal di hotel tersebut “ROYALE SUITE”. Sebuah bilik yang hanya akan
dibuka khas untuk orang-orang kenamaan termasuk dari dalam dan luar negara.
Itulah pengalaman yang hebat dan tidak disangka-sangka…



Lawatan mengambil masa lebih
kurang 2 jam meliputi taklimat oleh bahagian sumber manusia, jabatan
Housekeeping dan serba sedikit mengenai Food and Beverage.. Kami berpeluang
melihat kehebatan ballroom yang boleh menempatkan lebih 1000 orang pada
satu-satu masa. Antara “F&B OUTLET” yang kami lawati termasuk juga bar dan
lounge. Kami juga berpeluang melihat
betapa sibuknya keadaan ketika sesebuah acara berlangsung. Akhirnya kami dibawa
ke coffee house yang serba indah untuk jamuan makan tengah hari.
Banyak juga perkara yang
dibincangkan antara peserta dengan wakil dari sumber manusia serta ditemani
oleh En. Rahmat sendiri.. Sesuatu yang amat mengharukan kami apabila disambut
sendiri oleh beliau dan kami diberikan layanan taraf lima bintang sama seperti
tetamu lain. Dan yang terbaik adalah… makan tengah hari kami di “TAJA” oleh
Hotel Royale Chulan.
TERIMA KASIH ROYALE CHULAN...
No comments:
Post a Comment